Solat Dari Perspektif Sains
Artikel sebelum ini membicarakan mengenai ibadah dan sains. Dalam artikel ini kita akan memfokuskan mengenai solat dari segi sains terutamanya kaitan solat dan kesihatan. Solat adalah ibadah khusus yg terdapat dalam Rukun Islam. Kita solat bukan kerana penemuan sains yg menakjubkan tentang solat atau hikmah kesihatan dari bersolat. Kita solat kerana kita adalah seorang muslim. Dan siapakah yang paling baik dari orang-orang yang mengajak kepada jalan Allah, dan orang-orang yang beramal sholeh, serta orang-orang berkata sesungguhnya aku adalah muslim” (QS. 41 : 33) Muslim bermaksud seseorang yg menyerah diri hanya kepada Allah. Menyerah diri bermaksud, kita tidak perlu sebab apa pun untuk mengikuti segala arahan dan larangan Allah. Hanya Allah segala-galanya untuk kita. Dan semestinya segala arahan dan larangan Allah adalah untuk kebaikan kita kerana Allah sangat mencintai hamba-hambaNya. Oleh itu, hikmah solat dari sudut sains adalah hanya ingin mencungkil sedikit hikmah dari lautan hi