Solat Dari Perspektif Sains


Artikel sebelum ini membicarakan mengenai ibadah dan sains. Dalam artikel ini kita akan memfokuskan mengenai solat dari segi sains terutamanya kaitan solat dan kesihatan. Solat adalah ibadah khusus yg terdapat dalam Rukun Islam. Kita solat bukan kerana penemuan sains yg menakjubkan tentang solat atau hikmah kesihatan dari bersolat. Kita solat kerana kita adalah seorang muslim. 

Dan siapakah yang paling baik dari orang-orang yang mengajak kepada jalan Allah, dan orang-orang yang beramal sholeh, serta orang-orang berkata sesungguhnya aku adalah muslim” (QS. 41 : 33)

Muslim bermaksud seseorang yg menyerah diri hanya kepada Allah. Menyerah diri bermaksud, kita tidak perlu sebab apa pun untuk mengikuti segala arahan dan larangan Allah. Hanya Allah segala-galanya untuk kita. Dan semestinya segala arahan dan larangan Allah adalah untuk kebaikan kita kerana Allah sangat mencintai hamba-hambaNya. Oleh itu, hikmah solat dari sudut sains adalah hanya ingin mencungkil sedikit hikmah dari lautan hikmah kebaikan solat itu sendiri supaya semakin mantap keyakinan kita bahawa solat itu bukan sesuatu yg menyusahkan tetapi adalah rahmat Allah kepada hamba-hambaNya.

Hikmah Solat dari perspektif Sains

1. Meningkatkan tahap fungsi otak ketika sujud

Peter Russell dalam bukunya The Brain Book mengatakan bahawa otak manusia beroperasi 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah.

Win Wenger dalam bukunya How to Increase Your Intelligence menyatakan bahawa kadar oksigen otak meningkat sekali gus ketika aktiviti membalikkan badan dari atas ke bawah dan sekaligus meningkatkan kemampuan otak.

Ketika sujud, jantung berada di kedudukan lebih tinggi dari kepala dan keadaan ini memudahkan darah yg mengandungi oksigen sampai ke otak dengan bantuan graviti.  Banyak sel-sel otak mendapat keperluan oksigen secukupnya dan ini meningkatkan fungsi otak.

2. Posisi sujud adalah yg terbaik untuk kesihatan jantung.

Ketika sujud, semua anggota badan kita berada di kedudukan rendah dan hampir selari dengan jantung. Maka jantung tidak memerlukan tekanan yg kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Dengan itu, kadar denyutan jantung menjadi rendah ketika sujud (72 dan 73bpm) dan posisi ini adalah terbaik untuk kesihatan jantung

3. Posisi rukuk pada sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan boleh digunakan sbg terapi mengurangkan dan memulihkan sakit pinggang.

4. Membantu mengurangkn radang sendi seperti osteoarthritis. Di dlm artikel Chronic pain : Exercise Can Bring Relief di MayoClinic.com menyatakan senaman secara berterusan dapat mengurangkan sakit sendi kerana senaman meningkatkan pemgeluaran hormon endorphin yg berfungsi mengurangkan sakit. Justeru solat memang bermanfaat kerana ia menggerakkan sendi-sendi badan termasuk tangan dan kaki secara sederhana. 

5. Solat tahajud dan subuh menyihatkan badan.

1 kajian yg dilakukan oleh Persatuan Barah Amerika menyatakan mereka yg tidur 5 jam setiap malam hidup lebih lama berbanding yg tidur lebih dari 8jam. Sudah pasti orang yg melakukan solat tahajud tidur dalam 5 jam sekiranya tidur selepas Isyak dan bangun dalam pukul 1 atau 2 pagi. Kajian ini juga menunjukkan bangun tidur pada waktu yg sama setiap pagi adalah lebih sihat. Dan sudah pasti sesiapa yg melakukan solat subuh pada awal waktu akan bangun tidur pada waktu yg hampir sama setiap hari.

6. Solat melahirkan ketenanganK

etika sujud, otak didapati mengeluarkan gelombang alpha iaitu gelombang yg melambangkan ketenangan. Solat yg khusyuk dapat melahirkan ketenangan dan seterusnya memberikan kesihatan mental yg sihat dan badan yg cergas. Beberapa kajian melaporkan bahawa aktiviti yg melahirkan ketenangan dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mampu mencegah sesorang dari pelbagai serangan kuman.

7. Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvis dan ini dapat memperbaiki pengaliran darah dan hal ini dapat membantu lelaki yg menghidap disfungsi ereksi.

Yg utama kita solat kerana Allah dan kebaikan solat yg diperolehi itu adalah rahmat Allah.

Semoga bermanfaat

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Raja Bone Ke - 13, Sepenggal Silsilah Keturunan Arung Pasempe Mangkau Puangta La Maddaremmeng Matinroe Ri Bukaka

Penjelasan Adat Istiadat Pengantin Suku Bugis Serta Bawaannya, Wala Suji

Ini Makna Kata "BONE" Menurut Bahasa Bugis

Ini Kesaksian Pedang Zulfiqar, Lafatta Illa Ali Wa La Saifa Illa Dzulfiqar

Akhir Perang Bone, Gugurnya Petta Pongawae - Arung Pone La Pawawoi Di Tawan Belanda

Badik, Sitobo Lalang Lipa Atau Tikam Menikam Dalam Satu Sarung

Kisah Sejarah Singkat Andi Mappanyukki

Dari Tanah Wajo Menuju Inrapura

Beranda: Artikel Sejarah Suku Bugis

Tugu Merdeka Watampone, Riwayatku Dulu